+ Follow | ♥ Dashboard
Logo Design by FlamingText.com
CHEMISTRY OF LOVE




Pelan Pembangunan Kerjaya
Tuesday, October 1, 2019 | October 01, 2019 | 0 Students
Related image

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sebelum ini, saya telah menceritakan falsafah mengajar saya.
Jadi, hari ini saya ingin memberitahu serba sedikit pelan pembangunan kerjaya saya.

Setiap orang mempunyai maksud kejayaan masing - masing.

Jika saya, maksud kejayaan saya ialah apabila menjadi seorang guru yang mampu mendidik dan berbakti kepada anak bangsa.
Ada juga yang bertanya, kenapa saya memilih bidang pendidikan?
Saya memilih bidang pendidikan kerana bagi saya, jika tiada seorang guru mahupun pendidik mana mungkin terlahirnya seorang doktor mahupun jurutera.
Hal ini kerana kerjaya seorang ialah kerjaya yang mulia.
Walaupun profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar.
Saya tetap memilih profesion keguruan kerana sifat suka memberi dan berkongsi ilmu bersama sahabat serta anak bangsa saya merupakan satu kepuasan bagi saya.


Saya melihat cabaran guru hari ini berbeza dengan guru pada masa lalu. 
Ini kerana kecanggihan teknologi terutamanya teknologi maklumat telah memerlukan guru-guru juga turut berubah. 
Ini penting kerana jika guru-guru ketinggalan dalam aspek ini maka mereka tidak akan dapat menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Sebab itu kita perlu mengikut arus pemodenan ketika ini supaya kita dapat menyelusuri pemikiran mereka serta dapat menarik minat mereka dalam pengajaran kita.


Sebagai seorang muslim, kita mestilah meletakkan Allah itu sebagai tujuan yang paling utama dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.
Selain itu, percayalah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah, maka Allah akan sentiasa membimbing dan memudahkan urusan kita apabila kita ditimpa kesulitan. 


Pada kesempatan ini juga, saya ingin menggalakan lagi ramai pelajar untuk menceburi profesion perguruan kerana jika tidak kita sebagai rakyat Malaysia yang berbakti kepada negara sendiri, siapa lagi?
Dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) kerana memberi peluang kepada saya untuk mencapai impian saya sebagai seorang guru Kimia pada masa akan datang. Insya Allah. Aaminn.


Sekian sahaja pada hari ini.

Terima kasih. :D





Labels: ,





Older Post | Newer Post